UNGGUL HERBA MENCERMINKAN KEMESRAAN ALAM SEMULA JADI

Thursday, February 3, 2011

PRODUK GAMAT UNGGUL

GAMAT UNGGUL 
GAMAT

Sambungan daripada artikal Mukaddimah Unggul Herba dibawah ini diperturunkan info berkaitan dengan khasiat gamat.Sama-samalah kita mengambil perhatian bagaimana gamat boleh memelihara kesihatan kita

Gamat adalah hidupan laut yang terdapat didasar laut dan digunakan turun temurun dikalangan masyarakat Melayu untuk menyembuh luka luaran mahupun dalaman.Masyarakat Melayu khususnya di Langkawi telah menggunakan gamat sejak 400 tahun.Selain itu,gamat turut digunakan oleh wanita wanita lepas bersalin selain digunakan secara meluas di negara China sejak tahun 1757 dan dikenali sebagai 'ginseng laut'.


Terdapat kira kira 1000 spesies gamat di seluruh dunia.Di Malaysia terdapat lebih kurang 30 spesies gamat di pantai pantai Langkawi,Pangkor,Terengganu,Sabah dan Sarawak.Gamat hanya hidup di kawasan perairan yang bersih,berpasir dan berbatu karang.Kawasan kawasan perairan ini mengandungi banyak galian penting yang diserap oleh gamat melalui pemakanannya.


Gamat terdapat  dalam pelbagai saiz,warna dan bentuk.Tekstur kulitnya adalah licin,bergerutu dan lain lain.Gamat mempunyanya sifat unik yang membolehkan sel-selnya berkembang dan bersambung semula dengan cepat apabila tisu badannya luka dan terputus.Sifat unik ini membolehkan gamat menjadi dua ekor apabila badan asalnya dipotong dan dikembalikan ke laut.


Gamat juga dikenali sebagai Trepang,Balat,Timun Laut dan didalam bahasa China pula 'Hoi Sum'.Masyarakat barat mengenali Gamat sebagai 'Sea Cucumber'.Gamat tergolong dalam kumpulan Phylum Echinodermata kelas Holothuroidea.Ia dapat membesar lebih kurang 60 hingga 90 sentimeter panjang.Gamat-gamat yang terdapat di kawasan perairan yang sejuk ialah yang paling kecil.Haiwan ini mempunyai mulut berbentuk tentakel dan terletak dihujung badannya.Ini dapat membantu menangkap dan menghantar makanan ke dalam mulut.

Gamat mengandungi kandungan mineral seperti potasium,magnesium,fosforus,kalsium,zat besi,zink,kromium dan mangan.Kandungan-kandungan lain yang ada pada gamat ialah air sebanyak 8.9% ,protein 82%,lemak 1.7%,karbohidrat 4.8% dan ash 2.6%.Kajian terbaru menunjukkan gamat mengandungi kandungan lemak polyunsaturated yang tinggi iaitu Omega-3FA:EPA,DHA.

Walaupun gamat amat menggelikan bagi sesetengah orang,apabila kita makan atau minum ekstraknya,kita akan menikmati kebaikan daripada haiwan laut ini.Ekstrak gamat mengandungi kolagen yang penting dalam kosmetik untuk ketegangan tisu muka dan kulit kita.Selain itu,rawatan muka  akan lebih berkesan daripada dua ciri ekstrak yang bersifat antifungal dan anti mikrobial.Sifat antifungal dan anti mirobial adalah bertujuan untuk mengelakan daripada kulit muka berkulat.Glukosamina dan kondroitin juga penting untuk melegakan sakit sendi seperti artritis dan gout.


Pada amnya ekstrah gamat dapat menolong melancarkan dan meningkatkan saliran darah dengan baik serta fungsi badan yang harmonj.Air gamat atau minuman jeli gamat daripada ekstraknya dapat mengurangkan bengkak,inflamasi,meredakan luka dalaman dan sakit-sakit badan.Selain daripada itu,ia juga dapat membantu mengurangkan tahap darah tinggi bagi pesakit hypertension.Air gamat boleh diambil oleh pesakit yang menggalami ulser dan sakit tekak.Bagi kegunaan luaran,jel gamat boleh digunakan untuk luka dan gigitan serangga.Namun individu yang mempunyai masalah perlu menggunakannya mengikut ketahanan diri masing - masing.

Di Taiwan masyarakatnya lebih gemar makan daging gamat.Gamat juga dikeringkan dan dijadikan dalam bentok serbok untuk kegunaan merawat luka luaran.Selain itu serbok digunakan untuk menyediakan minuman.Negara barat seperti Amerila Syarikat telah menjalankan kajian keatas gamat dan menjadikan gamat dalam beberapa produk kesihatan.

(Artikal dipetik daripada geocities com)

** INFO DIATAS TELAH JELAS MENERANGKAN KHASIAT GAMAT DALAM PERUBATAN. PRODUK 'GAMAT UNGGUL' BOLEH MEMBANTU ANDA UNTUK MEMULIH KESIHATAN  DAN KANDUNGANNYA 100 PERATUS GAMAT.

 







* GAMAT UNGGUL*
-  Kandungannya 100 peratus gamat
-  Menyembuhkan luka,merawat paru-paru berair,asma,ulser ,dedas dan gastrik
-  Membetulkan saraf dan mengatasi rasa kebas.

Harga sebotol : RM 25.00 (40 kapsul) - tidak termasuk belanja pos.

Aturan makan
- 2 kapsul pagi
- 2 kapsul malam

UNTUK BUAT PESANAN / ORDER
SMS      :            0139613429 (Tunku Mat / Pak Ku)
Emailkan :         tunkumat@gmail.com
Telefon :             09-6222602

No comments:

Post a Comment